Ilmu ICT

MASALAH & PENYELESAIAN


Dapatkan Kembali Run Yang Hilang
Selain dari masalah Task Manager dihalang, Registry Editor dihalang, dan Hard Disk tak boleh dibuka dengan double click, virus juga selalunya akan menyembunyikan kotak Run. Apabila anda klik pada Start Menu, anda akan dapati program Run telah hilang. Shortcut Win+R pun tak dapat mengeluarkan kotak Run ini.Untuk mendapatkannya kembali, caranya mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah berikut:


• Buka gpedit.msc dari “C:WINDOWSsystem32gpedit.msc”
• Pergi ke User Configuration > Administrative Templates > Start Menu & Toolbar.
• Pada bahagian kanan, double-click pada Remove Run menu from Start Menu
• Tetapkannya kepada Disabled dan tekan butang OK.

 

Membaiki “Registry Editing Has Been Disabled”
Jika Windows akan memaparkan mesej “Registry editing has been disabled by your administrator” apabila anda cuba membuka regedit, ianya mungkin disebabkan oleh serangan virus.
Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh gunakan salah satu dari mana-mana langkah di bawah, samada dengan gpedit.msc ataupun third-party registry editor:
Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)


1. Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
2. Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\System
3. Double-click pada Prevent access to registry editing tools
4. Tukarkan nilainya kepada Disabled


Mengunakan Third-Party Registry Editor
1. Gunakan software yang boleh akses registry, selain dari regedit.
2. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System
3. Cari DisableRegistryTools dan tukarkannya kepada 0





Menyelesaikan Masalah “NTLDR is Missing”
Anda hidupkan komputer anda, dan cuba untuk membuka Windows. Namun, apa yang anda dapat lihat
hanyalah skrin hitam dengan mesej ini:
NTLDR is missing
Press Ctrl Alt Del to Restart
Sekiranya anda dapat mesej seperti ini, besar kemungkinan masalah adalah berpunca dari fail NTLDR yang rosak.Jangan bimbang, dan jangan format komputer anda lagi kerana masalah ini sangat mudah untuk diselesaikan. Apa yang perlu anda buat adalah copy fail C:\ntldr dari komputer orang lain dan letakkannya di dalan C:\ anda. Pastikan komputer rakan anda itu menggunakan versi Windows yang sama.


Tapi Windows tak boleh nak buka, macam mana nak copy fail, ye tak? Ok, saya ada sedikit tips untuk anda. Masukkan fail ntldr dari komputer rakan anda tadi ke dalam pen drive. Kemudian, hidupkan komputer anda dengan menggunakan Live CD Ubuntu atau Slax (atau mana-mana Live CD yang lain). Dengan Live CD ini anda boleh buka partition C:, dan masukkan fail ntldr dari pen drive tadi.
Untuk keterangan yang lebih menyeluruh tentang masalah ntldr ini, anda boleh rujuk Computer Hope.
cara lain : Bagi mereka yang ada CD Windows


1. Masukkan cd windows, pastikan cd anda dalam mode first boot.
2. Jangan install, tetapi pilih recovery .. tekan R
3. masuk dalam console
4. taip driver cdrom*:\i386
5. taip copy ntldr c:\
6. taip copy ntdetect.com c:\
reboot pc anda.


* drive cd rom di atas mungkin d: atau e: atau f: atau h: .. bergantung kepada sistem komputer korang.